Monthly Archives: May 2009

Selamat Hari Ulang Tahun

To My dear…

Sue….A Very Happy 27th Birthday to you

Azrah…Happy Belated 27th Birthday to you (too)

May Allah bless both of you and have a brighter future ahead…

445141

dah tua dah kita kan

Hidup Ni…

image008_(www_cute-pictures_blogspot_com)

Hujung Minggu Ini…

Di suatu pagi yang boring,

Kak S: Nur…
Saya : Ye (dengan muka terkezut, maklumlah sedang khusyuk membuat kerja sampai tak ingat dunia…)
Kak S: Haritu saya tak bagi surat pada awak, ni saya nak bagitau hari sabtu dan ahad ni awak kena kerja…
Saya: Oh ye ke (dalam hati…dangit..hari ahad pon kena)
Kak S: Ye, Puan S suruh bagitau awak.xpe nanti boleh claim cuti…
Saya: So apa job scope saya nanti(dalam hati ‘what i’m talking about?Job Scope?)
Kak S: Ala awak tengok2 je diorang…

Adoi…..tengok2 je ke. Bagilah buat sesuatu, usher student masuk dewan ke…layan parents ke (mana tau student tu bw abang yang hensem…he3). Susah-susah bagi je saya buat kerja2 mereka2 yang saya perlu tengok tu (saya tak kisah byk kerja,asal jgn xde kerja). Sakit jiwa saya jadi ‘pelakon tambahan’ di sepanjang registration student lama tu nanti.

Nak saja saya jawab:

‘Ohh ok, hari Sabtu boleh, hari Ahad x nak pegi boleh tak. Saya malas, lagipun kawan saya ada kenduri kawin.’ (saya mmg berani ye bagi jawapan yang bukan-bukan)

Nasib baik saya masih baru dekat sini,he3…

So Kirah if you ever read this, i want to tell you that i cannot go to Fara’s wedding. And to Fara……isk3 nak pi tapi kena kerja (hadiah Fara saya dah order)..hu3.

P/s: Dah xde mood nak buat kerja…saya keciwa…;(

Terkezut I…

Petang tadi saya menerima panggilan daripada seseorang yang mengenalkan dirinya daripada Kementerian Pembangunan Wanita. Saya telah dijemput menghadiri temuduga bagi jawatan Akauntan W41. Lucunya…saya rasa kali terakhir saya mengisi borang SPA ialah 2 tahun lepas. Menurut SPA, setiap tahun permohonan haruslah diperbaharui (bagi mereka yang berminat).Rupa-rupanya ‘resume’ saya masih lagi boleh digunapakai (ke saham saya dah naik?).

Temuduga akan diadakan pada 28 Mei, maknanya 2 hari dari sekarang. Maka dengan senang hati saya menolak tawaran untuk ke temuduga tersebut (sebenarnya tak teringin pun nak pergi).

Tetapi saya merasakan ada ketidaklogikan di sini, katakan setiap orang yang dipelawa menduduki (macam salah perkataan rasanya) temuduga tersebut hari diberitahu sekurang-kurangnya 2 hari sebelum temuduga tersebut, sempatkah mereka mengambil cuti? Ke ‘candidate’ tersebut diharap dapat mengambil EL atau MC atau half day atau sebagai supaya mereka boleh ke temuduga tersebut. Mustahil untuk dapat cuti dalam masa sehari.Ermm..(malas pulak nak elaborate)

Tukar topik…
Saya menjumpai ini di dalam peti surat saya…
jj

Cis, 3 tahun duduk area Wangsa Maju tak pernah pun dapat invitation camni. Hampeh tol Jaya Jusco ni (tapi kau tetap dihatiku)

DSC00112

(saja letak,takde kena mengena dengan entri…wahaha)

Bila Hendak Peperiksaan…

Sekarang saya gian bermain permainan di Facebook. Setiap masa saya akan membuka Facebook saya yang hanya mempunyai 2 keping gambar semata-mata hendak bermain Pet Society. Ye saya memang saya mudah terpengaruh kalau bab bermain game. Masalahnya semuanya akan terjadi apabila hendak dekat peperiksaan.
a699959194_1822242_6600011

Senarai kegilaan yang tidak sepatutnya dilakukan di waktu peperiksaan…(revision week)

1. Zuma-habis level 13. Siap laptop saya rosak akibat saya dan roomate saya terlebih main game.

zuma

2. The Sims – mana ada belajar waktu ni, saya memang bermain secara serius. Akibatnya CPA saya menurun dengan jayanya …(sekaligus menurun CGPA saya-maka hancurlah harapan saya untuk maintain CGPA yang cantik sebelum itu)

3. Tengok cerita Naruto tanpa henti – final year exam di UIA. Sampai waktu menjawab soalan saya terbayang-bayang ‘Byakugan’ dan ‘Kage Bushin No Jutsu’ (ini kes tak tahu nak jawab soalan sebenarnya)

4. Travian (My 1 dan My 2) – peperiksaan ACCA December sitting.Gila addicted, sebelum exam jaga kampung, balik exam terus tgk kampung. Cuti tanpa gaji saya digunakan untuk bermain game bukan belajar.
travian

121f87f3ae1a14be

P/s:saya tukar theme lagi, yang ini nampak macho.he3

Troli Tenom

Saya terbaca rencana ini di dalam Berita Harian. Tetiba berasa sangat sensitif pula. Maklumlah, Tenom dekat dengan Keningau.

9 kampung putus hubungan: 2,000 penduduk sukar pasarkan hasil pertanian dan sayur-sayuran di pekan Tenom

JIKA di bandar, masyarakat mudah menikmati pengangkutan persendirian atau awam. Hakikatnya nun di pelosok pedalaman, pengangkutan adalah antara rencam kehidupan yang amat memeritkan.

Bagi penduduk di pedalaman Tenom, Sabah, kereta api diesel yang beroperasi sejak 1970 adalah nadi kehidupan mereka setiap kali mahu ke pekan Tenom. Kereta api yang menggunakan enjin Hitachi 5101 milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) itu adalah satu-satunya pengangkutan awam yang membawa mereka keluar dari kawasan dikelilingi hutan.

Setiap kali kereta api memulakan perjalanan dari Stesen Kereta Api Tenom ke Stesen Kereta Api Beaufort sejauh 49 kilometer, penduduk kampung di sepanjang landasan berkenaan tidak melepaskan peluang untuk menggunakannya untuk ke pekan Tenom atau Beaufort.

Bagaimanapun, tragedi pada jam 3 petang, 9 April 2008 menyebabkan mereka tidak lagi menikmati perkhidmatan itu. Dua terbunuh manakala 24 lagi cedera, termasuk tiga parah apabila kereta api yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Padas di Kampung Tenom Lama.

Selama enam bulan, mereka tidak dapat menaiki kereta api berikutan kerja membaik pulih landasan yang dilaksanakan JKNS.

Penduduk kampung di sepanjang landasan dari Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh terpaksa menggunakan troli untuk berulang alik ke pekan Tenom.

Dalam tempoh itu, mereka terpaksa berjalan setiap kali ingin ke pekan Tenom atau Beaufort. Bagaimanapun, berdasarkan rayuan penduduk, JKNS memulakan semula perkhidmatan kereta api dari dua arah, iaitu Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh dan Stesen Kereta Api Beufort-Kampung Halogilad.

Bagaimanapun, mereka sekali lagi dihimpit kesukaran apabila JKNS menghentikan perkhidmatan kereta api Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh berikutan tebing Sungai Padas mengalami hakisan teruk akibat banjir pada Disember lalu.

Landasan yang bergerak seiring dengan tebing Sungai Padas perlu dibaik pulih, manakala tebing sungai yang terhakis perlu diperkukuh melalui kerja pembaikan.

Sejak Januari lalu hingga kini, kira-kira 2,000 penduduk di sembilan kampung terpaksa mencari alternatif pengangkutan untuk membawa hasil pertanian seperti getah, pisang, koko dan pelbagai jenis sayur-sayuran untuk dipasarkan di pekan Tenom.

Penduduk terpaksa mengangkat troli ketika melalui landasan yang terputus dan dibaik pulih untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Stesen Pangi.

Terdesak dengan ketiadaan alat pengangkutan, mereka menggunakan kreativiti sendiri dengan membina troli untuk digerakkan di landasan kereta api.

Penduduk Kampung Tenom Lama, Masisilau, Pangi Seberang, Motolob, Stesen Pangi, Kelandos, 78, 75 dan Rayoh yang terputus hubungan dengan dunia luar, terpaksa menggunakan troli untuk ke pekan Tenom.

Meskipun terpaksa bermandi peluh dan menahan lenguh, penduduk yang rata-ratanya hidup di bawah paras kemiskinan terpaksa mencipta troli diperbuat daripada papan berukuran 2.17 x 2.17 meter dengan jarak antara roda dengan roda 0.89 meter untuk menyambung kehidupan.

Di atas troli itulah, mereka menujah kayu ke tanah untuk membolehkan troli meluncur di landasan bagi perjalanan di antara tiga hingga 15 kilometer (km) dari Stesen Kereta Api Tenom ke destinasi terakhir iaitu Kampung Rayoh.

Mereka tidak pernah menikmati kemudahan jalan berturap, apatah lagi jalan raya. Dengan mengumpul kudrat empat kerat, mereka menguatkan tekad menolak troli dengan peluh menyimbah di bawah terik matahari.

Bagi perjalanan dari Stesen Kereta Api Tenom ke sembilan kampung itu, mereka mengerah tenaga selama kira-kira dua jam meniti landasan menuruni bukit. Keperitan itu kian menghimpit setiap kali mereka mendaki bukit sebelum tiba di pekan Tenom dalam tempoh tiga jam.

Perit-jerih mendaki bukit menyebabkan mereka terpaksa turun dari troli untuk menolak alat pengangkutan itu. Setiap kali bertembung dengan pengguna troli dari arah bertentangan, diplomasi dan kesabaran tahap tertinggi dituntut supaya tiada yang berkecil hati.

Pengguna troli yang tidak membawa barang, penumpang anak kecil atau warga emas, harus mengalah untuk turun dari troli dan mengangkat papan beroda itu bagi memberi laluan kepada pengguna lain.

Dengan troli itulah, mereka membawa getah keping atau sekerap, selain hasil pertanian yang lain ke pekan Tenom. Selesai menjual getah atau hasil pertanian, lazimnya mereka membeli barangan makanan untuk dimuatkan di atas troli.

Keringat yang membasahi tubuh setiap kali menolak troli adalah rencam kehidupan masyarakat jauh di pedalaman Tenom. Walaupun terpaksa mengharungi kesukaran dan penderitaan, hidup mesti diteruskan. Jauh di sudut sanubari mereka mengharapkan agar kerja membaiki landasan oleh JKNS segera disiapkan.

Kepada kerajaan Negeri dan yang sewaktu dengannya (ehem,ehem), buatlah sesuatu…Malaysia sudah 52 tahun merdeka tapi keadaan di Sabah masih mundur terutamanya kawasan-kawasan terpencil. Tidak payahlah buat bangunan tinggi-tinggi seperti di Semenanjung, asal ada infrastruktur yang bagus sudah mencukupi.

Hari Minggu saya

Minggu ini hari minggu saya sangat membosankan kerana saya mengambil keputusan untuk duduk sahaja di Shah Alam dengan harapan dapat menghabiskan masa saya dengan belajar. Hasilnya, masa tidur saya adalah lebih banyak daripada belajar (tapi berdasarkan pengiraan saya, jikalau saya balik Seremban masa belajar saya adalah lagi kurang berbanding saya tidak balik ke Seremban ;))

Berkira-kira mahu window shopping tapi disebabkan ‘kemalasan yang terlampau’, saya akan menangguhkan perkara tersebut selepas exam. (Sebenarnya saya sangat tertekan kerana hampir sebulan tidak window shopping…cuma ada Giant sahaja dekat sini…saya malas mahu memandu ke Jaya Jusco di Klang).

Heartless-Kris Allen version

This is my new favorite song. Kenya West original version is good but this one is better (there also have the studio version but i prefer the live one).

Heartless-Lyrics

In the night, I hear ’em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless..
How could you be so heartless?
Oh.. How could you be so heartless?

How could you be so, cold as the winter wind when it breeze, yo
Just remember that you talkin’ to me though
You know need to watch the way you talkin’ to me, yo
I mean after all the things that we’ve been through
I mean after all the things we got into
Hey yo, I know of some things that you ain’t told me
Hey yo, I did some things but that’s the old me

In the night, I hear ’em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless..
How could you be so heartless?
Oh.. How could you be so heartless?

You run and tell your friends that you’re leaving me
They say that they don’t see what you see in me
You wait a couple months then you gon’ see
You’ll never find nobody better than me

In the night, I hear ’em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless..
How could you be so heartless?
Oh.. How could you be so heartless?

And The Winner Is…

KRIS ALLEN!!!!!!

Fresh from oven, live chat with R.AGE. I never expected this because since the first week the Adam seem to be the most oustanding among the other contestant and this is one of the reason i don’t watch this year American Idol. (Tahun lepas saya menonton semua episod American Idol kerana saya sangat sukakan David Archuletta except the finale result show when David Cook was announced as the winner…maka bergembiralah oficcemates saya yang kebanyakkan peminat David Cook)

I’m actually betting that Adam going to win although deep down inside my heart i hope Kris will be the winner. Keputusan baru saja diumumkan 5 minit lepas and i still can’t believe that i saw the Kris Allen name instead of Adam. I’m definitely going to watch the show tonight via 8tv (sebaliknya kalau Adam menang).

Way to go Kris. 😉

Laziness

w machine

I need this item so badly cause i’m now at the stage which i called ‘Kemalasan Tahap Melampau’…i